Monday, November 2, 2009

Sababat.....


Sahabat..
Dalam kabus...
Tercari-cari cahaya...
Akhirnya ku temui..
Sinar ceria di raut wajahmu..

Andainya alam ini mampu berkata-kata..
Pastinya pujian buat dirimu..
Diwaktu itu aku lah yang bertuah...
Punya sahabat sepertimu...


Sahabat..
Kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi..
Sahabat..
Aku lemah mengharungi ranjau dunia...
Sahabat..
Aku ingin sepertimu dalam ketenangan..
Menghadapi hidup ini...


Assalamualaikum semua...

Tau tak dekat atas ni ape?mesti la tak tau sebab suri tak bagi tau lagi kan.hehehe..kat atas tu sebuah lagu nasyid..masa zaman suri sekolah dulu..tapi suri dah tak ingat siapa yang nyanyi..tapi lagu ni memberikan makna yang mendalam dalam hidup suri...

Korang semua pun mesti ade sahabat kan?kalau dah mana sahabat,mestilah yang sentiasa ada dengan kita time kita susah dan senang...sahabat kita mesti lah yang sentiasa beri kita semangat bila kita tengah 'down'..dan kalau kita juga seorang sahabat,kita juga akan beri yang terbaik untuk sahabat kita kan?

Pada suri ikatan persahabatan kenalah dijaga sebaik mungkin..jangan cemarkan ia dengan perkara yang tak elok...bila bersahabat,kita kena jujur...tapi,ade jugak sesetengah orang yang tak jujur dalam ikatan persahabatan..suri bukan menuduh,tapi realiti kehidupan ni...contohnya la,'A' seorang yang kaya raya,dan dia ade seorang sahabat yang bermana 'B'.tapi sebenarnya dalam dia tak sedar,B menjadi sahabatnya semata-mata nak ambil kesempatan pada kesenangan A...patut tak macam tu?tak patut kan?...ade jugak manusia dalam dunia ni yang tak nak bersahabat dengan orang susah...kononnya sebab malu....tak padan..boleh ke macam tu?orang susah tu pun manusia jugak..yang ade hati dan perasaan...mereka pun nak kawan dengan semua orang...jangan la kita sisihkan sahabat kita yang susah...bantulah mereka setakat yang kita mampu...kalau kita tak mampu,kita doakan lah yang terbaik untuk sahabat kita...

Nape suri pilih gambar 'spongebob dan patrick' kat atas tu ye?
Suri comfirm korang mesti pernah tengok kartun ni kan...suri suka kartun ni walaupun ade juga orang kata kartun ni 'ntahape-apentah'....tu pendapat dieorang...tapi pada suri banyak mesej yang disampaikan dalam kartun ni...oleh kerana hari ni suri tulis berkenaan persahabatan,kita tengok nilai persahabatan dalam kartun spongebob ni...patrick tu sahabat spongebob kan?walaupun patrick tu 'sengal' tapi spongebob tetap kawan dengan die...tak kira la pe yang patrick buat..mereka tetap bersama...macam tu la juga kita ni...selagi sahabat kita tak menganiayai kita,selagi itulah kita kena jaga dia sebagai sahabat...ade lagi yang menarik pasal spongebob dan patrick ni...kalau korang perasan,banyak benda yang diaorang wat bersama..pergi main sama-sama..ade satu episod tu pergi audition tarian sama-sama...hahahahaha...best sangat..macam tu lah juga kita...ape yang kita nak buat jangan lah kita lupakan sahabat kita...kalau sahabat kita sedia berkorban untuk kita,ape salahnya kita berkorban untuk sahabat kita kan...

Akhir sekali,
Suri minta maaf andai ada kekhilafan dalam penulisan suri ni...
Buat sahabat suri,suri sayang kamu...
Suri tau kamu suka kartun ni...
Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat...
Ameen...

Assalamualaikum...
_SurieyMahsuri_

1 comment:

  1. salam ziarah...
    bagus dah stat tulis blog..tahniah...semoga dapat kembangkan bakat & dapat bantu orang lain fahami kehidupan ni ...
    teruskan usaha...

    ReplyDelete